Shopee ‘down’, netizen tuntut baucer sebagai tanda minta maaf

Shopee ‘down’, netizen tuntut baucer sebagai tanda minta maaf

Laman web e-commerce terkenal di Malaysia, Shopee telah mengalami masalah teknikal dan mengakibatkan ianya tidak dapat diakses oleh para pengguna hari ini.

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, pihak Shopee dilihat bertindak pantas  dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penggunanya setelah platform itu mengalami masalah sejak jam 11 pagi tadi.

 

Di ruangan komen, terdapat ramai pengguna yang berkongsikan perasaan cemas dan mendakwa akaun mereka telah digodam setelah gagal mengakses ke laman e-dagang terkenal itu.

 

Ekoran daripada itu, terdapat pengguna platform e-dagang tersohor itu meluahkan rasa kurang senang dengan masalah yang berlaku itu.

Mereka mengatakan terpaksa menahan kelaparan gara-gara Shopee Food tidak boleh berfungsi seperti biasa.

 

Terdapat juga netizen yang mendakwa dirinya penjual di platform  Shopee meluahkan rasa kesal di atas kesilapan teknikal yang berlaku itu kerana sejarah perbualan jual beli bersama pelanggan telah hilang.

Bagi mengurangkan ‘kerugian’ yang dialami oleh pengguna, terdapat beberapa netizen tampil menuntut baucer ataupun penghantaran percuma sebagai tanda minta maaf daripada pihak Shopee.

Sumber: Twitter @ShopeeMY

Scroll to Top