Shuib bikin riuh, tak menang tangan layan peminat

Kuala Lumpur : Kemunculan pelawak, pelakon dan usahawan, Shahmira Muhammad atau Shuib di sekitar Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini menarik perhatian ramai.

Lazimnya selebriti turun ke sesuatu acara, ramai mungkin membayangkan kemunculan sekejap, sesi bergambar dan kemudian terus beredar namun suasana berubah sebaliknya apabila Shuib meluangkan masa bersama masyarakat setempat.

Malah kesungguhannya menyertai hampir setiap aktiviti bersama komuniti seperti menjadi hos permainan, membantu mengagihkan minuman, mencuba demonstrasi masakan sehinggalah mengadili pertandingan memasak menggamatkan suasana.

Shuib dilihat cukup selesa bergaul dengan penduduk. Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang program apabila beliau turut melayan kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas yang hadir.

Acara ini adalah hentian pertama siri jelajah komuniti di bawah kempen “Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi”, yang akan berlangsung selama tiga bulan di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia sebelum kemuncaknya di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November nanti.

Menerusi inisiatif ini, acara turun padang ini diilhamkan bagi mendekati rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa susu tepung masih kekal relevan dalam kehidupan keluarga masa kini.

Bagi ramai yang hadir, kemunculan Shuib dan anaknya Thalita bukan sekadar peluang bertemu selebriti, tetapi pengalaman yang menjadikan memori itu lebih bermakna.

“Kadang-kadang, sebuah program yang paling diingati bukan kerana kemeriahannya semata-mata, tetapi kerana detik-detik sederhana yang berjaya menyatukan sebuah komuniti.” kata salah seorang penduduk.

Lebih menarik, rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan “Minum Fernleaf & Menang” dari 1 September hingga 31 Oktober ini. Selain berpeluang memenangi hadiah utama – sebuah Proton e.MAS 5 Prime.

Menurut jurucakap penganjur kempen ini bermula dengan perkongsian nostalgia di media sosial iaitu dengan mengimbau bunyi “ding ding” daripada sudu yang mengacau secawan susu setiap pagi kini dibawa keluar daripada skrin dan terus kepada komuniti.

“Menerusi kempen Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi, Fernleaf memilih untuk turun padang bermula di PPR Kampung Baru Air Panas dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti permainan interaktif, demonstrasi masakan dan pertandingan memasak yang menggalakkan penyertaan seluruh komuniti.

“Disamping pembabitan selebriti dan pempengaruh yang masih memeriahkan setiap program yang diadakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top