Shuib Mengamuk! Dedah Wajah Individu Tipu RM1 Juta Atas ‘Tiket’ Kawan – “Kau Tipu Aku Dengan Cara Paling Cilak*!”

Shuib Mengamuk! Dedah Wajah Individu Tipu RM1 Juta Atas ‘Tiket’ Kawan – “Kau Tipu Aku Dengan Cara Paling Cilak*!”

Pelawak dan usahawan selebriti, Shuib berang apabila bertindak mendedahkan wajah individu yang dilabelnya sebagai scammer beserta nombor kad pengenalannya menerusi hantaran terkini di Instagram.

Kata Shuib, individu yang itu sudah dianggapnya sebagai ‘kawan’ memandangkan dia pernah meminta pertolongan untuk menjalankan perniagaan.

Namun, setelah tiga tahun diberi peluang untuk menjelaskan hutang, Individu tersebut bagaimanapun gagal dikesan termasuklah tidak membalas pesanan WhatsApp nya.

“Tiga tahun lebih aku kasi muka kat kau! Kau cakap bagi muka dekat kau sebab kau orang berniaga, kau nak berniaga. Tapi, bila kau dah tak angkat phone aku, kau sidai aku dekat whatapp berbulan-bulan, aku dah tak boleh kasi muka kat kau.

“Kau tipu aku dengan cara paling cilaka hanya atas tiket “kawan” kononnya. Cara kau tipu aku memang kau jenis tak ada hati perut punya manusia,” katanya.

Lebih mengejutkan, Shuib mengaku bahawa dia telahpun ditipu melibtakan wang berjumlah RM1 juta.

“Kau tipu duit aku dekat RM1 juta. Kau tahu akau ada alamat kau dan kau tahu kenapa aku masih belum sampai depan rumah kau. Jadi sekarang kau cari aku dan kau tahu akau dekat mana,” tegasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat terkejut dengan pendedahan yang dibuat Shuib apatah lagi apabila melibatkan sejumlah besar wang.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA, hantaran tersebut telahpun dipadam Shuib setelah beberapa minit ia dimuat naik.

Scroll to Top