Siapa yang lari sebenarnya? – Puteri Sarah

Siapa yang lari sebenarnya? – Puteri Sarah

KUALA LUMPUR – Isteri pertama Shamsul Yusof menyifatkan pelakon dan pengarah terkenal itu telah memutar belit fakta.

Puteri Sarah dalam videonya di media sosial malam ini berkata demikian kerana suaminya tidak pernah berbincang dengannya mengenai pernikahan dengan Iza Kazar.

Selain itu, suaminya juga bernikah di Thailand juga membuktikan dirinya ‘pengecut’.

“Siapa lari sebenarnya? You lelaki ‘pengecut’, sudah kahwin you blame me.

You patut bincang macam masa you nak ambil I dulu, patut bincang dengan emak bapak I dan mama dan papa you,” ujarnya.

Puteri Sarah berkata terpaksa membuat penjelasan memandangkan Shamsul sudah menuduhnya tidak mahu berbincang mencari jalan penyelesaian dan bukan mahu membuka aib.

Sedangkan, dakwanya, suaminya itu telah menyekat nombor telefonnya sejak empat tahun lepas sedangkan dia berpeluang berbuat demikian sejak awal lagi.

Selain itu, Puteri Sarah mendakwa suaminya enggan bertemu dengannya sebelum ini dan mustahil Shamsul tidak mengetahuinya berada di mana.

Puteri Sarah juga menafikan dia pernah mendakwa Shamsul tidak membayar nafkah kepada anak-anaknya.

Beliau juga mahu Shamsul menyelesaikan perkara itu bersamanya di mahkamah dan menyatakan perintah injuksi juga akan dibuat terhada Ira oleh peguamnya.

Pada awal video, Puteri Sarah juga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Shamsul.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Alhamdulillah saya sudah bernikah secara sah dengan Ira Kazar – Shamsul