Sijil Pelajar Cemerlang SPM Ditahan Sebab Yuran PIBG? JPNS Jalankan Siasatan

Sijil Pelajar Cemerlang SPM Ditahan Sebab Yuran PIBG? JPNS Jalankan Siasatan

Trending

JPNS tegaskan yuran PIBG adalah sukarela, tak boleh tahan sijil pelajar.


Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan sijil seorang pelajar cemerlang SPM 9A disekat hanya kerana tunggakan yuran PIBG.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika majlis anugerah di mana pelajar tersebut hanya menerima sampul kosong walaupun dipanggil ke atas pentas.

JPNS ambil tindakan, siasatan sedang dijalankan

Terbaru, Sinar Harian melaporkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mengambil serius dakwaan dan sedang menyiasat bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh.

Pibg

Pengarah JPNS, Khalidah Omar berkata pihak sekolah tidak dibenarkan menahan sijil atau dokumen rasmi murid atas alasan kegagalan membuat sumbangan PIBG.

Menurutnya, sumbangan PIBG adalah bersifat sukarela dan tidak boleh dijadikan syarat dalam sebarang urusan melibatkan murid.

Dalam masa sama, JPNS menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan.

JPNS juga akan terus memperkukuh pemantauan serta memberi peringatan kepada semua pentadbir sekolah agar sentiasa mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.

Langkah ini penting bagi memastikan kebajikan serta kepentingan murid sentiasa menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan negara.

Pssttt! Kes seperti ini memang mudah mencetuskan emosi kerana melibatkan usaha keras seorang pelajar. Jika benar berlaku, ia jelas tidak adil dan bertentangan dengan prinsip pendidikan. Harap semua pihak ambil iktibar dan utamakan kebajikan pelajar, bukan isu kewangan semata-mata.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top