'Ya Allah, permudahkan urusan anggota penyelamat yang berusaha mencarinya' – Anak Jaslinda

'Ya Allah, permudahkan urusan anggota penyelamat yang berusaha mencarinya' – Anak Jaslinda

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Ya Allah, kembalikanlah ibu kami kepada kami dalam keadaan selamat dan baik.” Demikian luahan penuh kerinduan dan harapan anak kepada pendaki wanita yang masih hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, sejak 24 Mei lalu.

Menerusi hantaran di Threads menggunakan akaun deefzl._, anak Jaslinda memuat naik doa khas buat ibunya, memohon agar wanita berusia 49 tahun itu sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta segera ditemukan dalam keadaan selamat.

“Ya Allah, lindungilah ibu kami, Jaslinda binti Saludin, walau di mana sahaja beliau berada. Kurniakanlah keselamatan, kekuatan, kesihatan, dan ketenangan kepadanya.

“Ya Allah permudahkanlah urusan semua anggota penyelamat dan mereka yang sedang berusaha mencarinya.

“Luaskanlah pandangan mereka, terangilah petunjuk buat mereka, dan dekatkanlah mereka kepada ibu kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala doa, Maha Mengetahui segala keadaan . Amin… We luv u (love you) (kami mencintai kamu) ibu,” katanya.

Dalam hantaran sama, anak Jaslinda turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ibunya.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada semua anggota yang terlibat. Kami tidak akan berhenti berdoa buat semua pihak yang mencari agar sentiasa dilindungi Allah SWT serta diberikan kekuatan dan semangat,” katanya.

Perkongsian itu mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata meninggalkan komen serta doa agar Jaslinda segera ditemukan dalam keadaan selamat.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan bahawa operasi SAR Jaslinda akan tetap diteruskan.

Abdul Malik berkata, operasi itu bagaimanapun dilaksanakan dalam skala kecil dengan hanya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang.

Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain dan dua malim gunung.

Beliau yang cedera di kaki sebelum itu difahamkan berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki yang mengalami masalah pernafasan dan seorang malim gunung di Kem Batu Core.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian.

Berita berkaitan

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Pencarian Jaslinda diteruskan, skala dikecilkan

Kakak Jaslinda kesal netizen menyalahkan adiknya, ‘Maaf jika adik Min pernah melukakan hati kalian’

‘Hasrat kami bantu pasukan penyelamat jumpa Jaslinda secepat mungkin’ – Tok Batin Bah Lilit

Kelibat Jaslinda pada 24 Mei lalu dikesan melalui kamera pengawasan di Gunung Batu Putih

‘Tengok rakaman ini rasa rindu sangat. Mana ibu, kenapa tak balik lagi?’

Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

Operasi SAR kesan Jaslinda sudah merangkumi 36 kilometer persegi

Laluan pendakian Trans Spencer Chapman: Antara laluan ekspedisi gunung yang ekstrem

Bomba lancar operasi cari pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih

Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda

Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki-Suami

Jaslinda dipercayai tersasar daripada laluan asal pendakian sebelum terputus hubungan

Jaslinda dipercayai tersasar ke Gunung Rayu, SAR bersambung esok

Pasukan baharu lapan anggota diterbangkan untuk kesan Jaslinda di Gunung Batu Putih

Pasukan SAR jumpa tapak kaki, botol air, bungkusan ‘jajan’

Pasukan SAR jumpa tapak kaki, botol air, bungkusan ‘jajan’

JBPM buka ‘winching point’ baharu dalam usaha mencari Jaslinda

Keadaan Jaslinda dijangka masuki fasa kritikal selepas hilang lebih 72 jam

Polis ambil keterangan 7 individu

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top