Simons mahu bina legasi sendiri selepas era Heung Min

Simons mahu bina legasi sendiri selepas era Heung Min

London: Xavi Simons menegaskan dia mahu ‘membina legasi sendiri’ selepas menjaringkan gol ketika kunjungan Son Heung Min kembali ke Tottenham, dalam aksi Liga Juara-Juara yang menyaksikan Spurs menumpaskan Slavia Prague 3-0, awal pagi tadi.

Pemain tengah menyerang Belanda itu, yang menyertai Spurs dari RB Leipzig, meneruskan aksi cemerlangnya selepas perlawanan menewaskan Brentford minggu lalu, sebelum menggamatkan stadium dengan gol menerusi penalti lewat permainan.

Perlawanan itu juga menjadi detik penuh emosi apabila Heung Min akhirnya mengucapkan selamat tinggal secara rasmi kepada penyokong Spurs selepas sedekad beraksi dan menjaringkan 173 gol dalam 454 perlawanan.

“Seronok dapat menjaringkan gol, tapi yang paling penting adalah saya rasa baik di atas padang. Saya sedang menikmati permainan,” kata Simons.

“Saya tak pernah jumpa Son sebelum ini dan sekarang sedikit sebanyak. Dia legenda besar kelab. Satu penghormatan untuk saya ambil nombor 7 dan bina legasi sendiri.”

Heung Min, yang berpindah ke Los Angeles FC pada pra musim dan tidak sempat mengucapkan selamat tinggal, diraikan dalam suasana meriah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top