Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Simpati Dengan Nasib Mangsa Banjir, Fattah Amin Beri Peluang Peminat Kirim Doa

Umum mengetahui, pelakon, Fattah Amin sedang mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga.

Mengambil berat terhadap mangsa-mangsa banjir, Fattah menerusi status di Instagram story (IGs) miliknya memberi peluang kepada pengikutnya untuk menitipkan doa.

“Assalamualaikum.. apa khabar semua..Insha Allah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba baca kan hari ni..

“Saya doakan juga pada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya..,” ujarnya.

Sementara itu, Fattah turut sempat memohon maaf kepada pengikutnya sekiranya tidak berkesempatan membaca doa daripada peminat.

“Yang mana saya tak sempat baca kiriman doa saya mintak maaf ye,” katanya.

Sebelum ini, Fattah memaklumkan dia dan ahli keluarga berangkat ke Tanah Suci Kota Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah pada 26 November lalu.

Scroll to Top