Sindiran TMJ tanda sayang

Sindiran TMJ tanda sayang

Laporan Sukan Sinar baru-baru ini. Gambar kecil: Azlan

SEMUA peminat bola sepak serta pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) tidak seharusnya cepat melenting dengan sindiran pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pencapaian membanggakan yang diraih Harimau Selatan.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar berkata, sindiran tersebut seharusnya dijadikan cabaran agar setiap pasukan menjadi lebih baik sekali gus dapat memastikan Liga-M berada pada tahap berkualiti.

“Sepatutnya kita perlu berterima kasih kepada JDT kerana mereka telah meletakkan satu tanda aras yang sangat baik untuk diikuti semua pasukan di negara ini.

“Jadi, jangan cepat melenting dan kita kena tengok positif apa yang diperkatakan oleh Tunku. Saya yakin Tunku bukanlah niat hendak malukan pasukan lain, tetapi baginda mahu melihat ada peningkatan dipamerkan setiap pasukan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.