Singapura umum pakej sokongan SGD$1 bilion tangani kesan konflik Asia Barat

Singapura umum pakej sokongan SGD bilion tangani kesan konflik Asia Barat
Singapura umum pakej sokongan SGD bilion tangani kesan konflik Asia Barat

Singapura akan menyediakan sokongan tambahan hampir dolar Singapura (SGD) $1 bilion (RM3.1 bilion) bagi membantu rakyatnya menangani kesan konflik Asia Barat

SINGAPURA – Singapura akan menyediakan sokongan tambahan hampir dolar Singapura (SGD) $1 bilion (RM3.1 bilion) bagi membantu rakyatnya menangani kesan konflik Asia Barat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Jeffrey Siow.

Beliau berkata, sokongan tambahan itu adalah sebagai tambahan kepada langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 bagi mengurangkan tekanan kos dan menyokong golongan yang paling terjejas akibat konflik yang berterusan itu.

“Bagi membiayai langkah-langkah ini, kerajaan pada peringkat awal akan menggunakan peruntukan di bawah Akta Bekalan yang diluluskan bulan lepas dan akan mendapatkan kelulusan Parlimen bagi belanjawan tambahan kemudian nanti,” katanya dalam satu kenyataan menteri mengenai kesan situasi Asia Barat terhadap Singapura di Parlimen pada Selasa.

Antara langkah tambahan yang diumumkan termasuk mempercepatkan pengagihan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Semua isi rumah rakyat Singapura akan menerima Baucar CDC bernilai SGD$500 d (RM1,570) pada Jun 2026 berbanding Januari 2027, yang sah hingga 31 Disember 2027.

Siow berkata, kerajaan juga akan menyediakan bantuan tunai sebanyak SGD$200 (RM628) untuk pekerja platform dan pemandu teksi bermula akhir April 2026.

Beliau berkata, kerajaan akan menyediakan bantuan sementara bagi membiayai bersama kenaikan kos untuk perkhidmatan pengangkutan penting tertentu bagi pelajar sekolah, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU), bagi membolehkan perkhidmatan itu terus beroperasi tanpa gangguan.

Sementara itu, lebih sejuta isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save hingga SGD$190 (RM596) pada April dan Julai 2026.

Rebat tersebut akan membantu menampung peningkatan mendadak bil utiliti isi rumah yang dijangkakan dari April hingga Jun serta Julai hingga September 2026, kata Siow. – Bernama

 

 

Scroll to Top