Sissy Imann 'terapung' di Axiata Arena

Sissy Imann 'terapung' di Axiata Arena

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengacara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Sissy Imann ‘mempertaruhkan nyawa’ dengan terapung bersama grand piano saat mempersembahkan persembahan pembukaan bersama Wani Kayrie, Shiha Zikir, Ara Johari dan Noki K-Clique.

Di persembahan pembukaan itu, keempat-empat penyanyi mempersembahkan lagu solo iaitu Cindai, Asmarada dan Angkat manakala secara berkumpulan, lagu Angkat Kaki.

Kemunculan Sissy sekali gus membawa kelainan dan mengejutkan penonton saat penyanyi dan komposer turun dari siling Axiata Arena yang menjadi lokasi acara.

Persembahan mereka turut diiringi 30 penari berbusana serba putih di samping pemuzik orkestra yang membawakan susunan muzik luar biasa.

AJL39 diacarakan oleh Sissy dan bergandingan bersama pengacara senior, Nazrudin Habibur Rahman.

Sepuluh lagu yang mara ke malam kemuncak AJL39 adalah Sengaja nyanyian Amir Masdi, ciptaan dan lirik oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Turut bersaing, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).

AJL39 turut membariskan barisan juri profesional iaitu Edry Hashim, Ed Samad, Ahmad Izham Omar, LY, Fauziah Latiff, Siti Hajar, Datuk Hattan, Datuk Fauziah Nawi dan Edry Abdul Halim sebagai Ketua Juri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top