SK Riong bergaya dapat tajaan jersi

SK Riong bergaya dapat tajaan jersi

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan bola sepak SK Riong yang terdiri daripada kakitangan Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times menerima suntikan semangat sebelum bermulanya Karnival Sukan Media Prima 2025 Bolasepak 7 sebelah & Bola Jaring, Sabtu lalu.

Ia selepas SK Riong menerima tajaan jersi daripada AL Khairi Group Berhad.

Penyerahan jersi itu diserahkan oleh Pengarah Urusan AL Khairi Group Berhad, Datuk Seri Mohd Khairi Datuk Mat Jahya kepada wakil pasukan SK Riong.

Pada karnival sukan itu, pasukan bola sepak Omnia FT muncul juara selepas menumbangkan Kacuk Seven (Omnia) di perlawanan akhir.

Omnia FT meraih kemenangan menerusi penentuan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Bagi penentuan tempat ketiga pula, ia menjadi milik pasukan MPC Reddoz (Kelab Media Prima yang menumbangkan Stepover FT (NCA) dengan keputusan 3-2, juga hasil penentuan penalti selepas terikat 0-0 dalam masa sebenar.

Dalam acara bola jaring pula, pasukan Pitch Perfect (TVN) muncul juara diikuti pasukan The Money Makers (Finance) di tempat kedua dan ketiga milik pasukan Girls Hype Riuh (GHR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top