SK Seri Pristana gandakan usaha perkemas penyudah

SK Seri Pristana gandakan usaha perkemas penyudah

PEMAIN pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana perlu menggandakan usaha sekiranya berhasrat mencipta keputusan positif dalam penampilan sulung Piala Raja Muda Selangor kali ini selepas melangkah ke perlawanan akhir.

Malah menurut pengurus pasukan skuad Bawah 12 (B-12) SK Seri Pristana, Hasmizainudin Hassan, ini jelas ketara apabila skuad kendalian Mohd Zubaidi Mat Akhir bergelut menamatkan tentangan SK TUDM Subang lebih awal yang menyaksikan aksi diseret ke penentuan sepakan penalti.

ā€œAlhamdulillah, syukur pasukan SK Seri Pristana berjaya mara ke perlawanan akhir pada penampilan pertama dalam Piala Raja Muda Selangor kali ini.

ā€œSejujurnya, pemain-pemain SK Seri Pristana berdepan kesukaran untuk menamatkan permainan lebih awal apabila beberapa peluang gagal disempurnakan pemain selain, kualiti permainan ditampilkan pasukan SK TUDM Subang.

ā€œBiarpun begitu, kami akan memanfaatkan masa yang ada untuk memperkemaskan semula bahagian tertentu pasukan khasnya jentera penyudah yang kurang memberi impak sebelum perlawanan akhir.

SK Seri Pristana mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35.

SK Seri Pristana mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35.

ā€œPerkara yang akan diberikan perhatian adalah sudut mental pemain supaya lebih berdisiplin dan tidak hilang fokus,ā€ katanya kepada Sukan Sinar.

SK Seri Pristana, Sungai Buloh mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan SK TUDM Subang, 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di padang SK Putra Height.

Kemenangan itu membolehkan sekolah dalam kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor berkenaan berdepan penyandang juara Seksyen 20, Shah Alam dalam perlawanan akhir.

SK Seksyen 20 yang juga juara Piala Sumbangsih mengesahkan slot final selepas menewaskan SK Bandar Baru Selayang 2, 2-0 dalam satu lagi aksi aksi separuh akhir di venue sama.

No Image Caption

Saingan Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Sebagai rekod, kejuaraan pembangunan bakat B-12 ini dibarakan penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.

INFO

PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024

SK SERI PRISTANA (PPD KUALA SELANGOR)

PENGURUSAN

PENGURUS: HASMIZAINUDIN HASSAN

KETUA JURULATIH: MOHD ZUBAIDI MAT AKHIR

PENOLONG JURULATIH: MUHAMMAD MAHADI

JURULATIH PENJAGA GOL: ANJIRI BOLONG

FISIOTERAPI: MUHAMMAD HARITH RIDHWAN ABDUL TALIB

PEMAIN-PEMAIN

1. DARIS IRFAN MOHD FUAD

20. NUR AQIL HAKIM ABDUL NUR

7. MUHAMMAD SYAUQI MOHD ZAMRI

9. MUHAMMAD AMMAR AZRI

3. MUHAMMAD ADAM NAUFAL SHARIFFUDDIN

2. MUHAMMAD FAIQ MOHAMMAD RADZI

19. HUD HAFIZZY

10. MOHAMAD ARIFF SAIFUDDIN MOHAMAD AZMAN

14. KHAIRUNAS AULIA ASMAZAIDI

16. MUHAMMAD AFKAR SHAIRAN

18. MUHAMMAD HADIF AFIF MOHD SUFFIAN

8. ABID HARRAZ ASYRAF FITRI

6. AKIF QUATHAR NOR AZMI

5. MUHAMMAD FARRIEZ NAZARI

13. AKID RAZIN ABDUL RAZAK

12. MUHAMAD AKIF FIRDAN HAZA YUSDI

17. SYED QALEEF MIQAEL SYED MOHD FAISAL

15. MUHAMMAD FAZRIE NAZARI

Scroll to Top