Skrin Apa Yang Sesuai Tonton ‘Pursuit of Jade’ Zhang Linghe? Mungkin Tablet Ini Jawapannya

Skrin Apa Yang Sesuai Tonton ‘Pursuit of Jade’ Zhang Linghe? Mungkin Tablet Ini Jawapannya

Min perasan la kan, kalau dulu ramai yang sanggup berjaga malam layan K-drama, sekarang nampaknya C-drama pula makin mendapat tempat dalam hati penonton Malaysia. Betul tak?

Mana tidaknya, pelakon utama C-drama sekarang pun hensem kemain. Dah setanding pelakon K-drama dah. Sejuk mata memandang kan? Haha.

Antara nama yang semakin mencuri perhatian tentulah Zhang Linghe. Pelakon kelahiran 1997 ini bukan saja memiliki wajah kacak dan susuk tubuh tinggi yang memang ‘sedap mata memandang’, malah bakat lakonannya turut buat ramai yang mula jatuh hati.

Skrin Apa Yang Sesuai Tonton ‘Pursuit of Jade’ Zhang Linghe? Mungkin Tablet Ini Jawapannya

Menerusi beberapa drama popular termasuk Love Between Fairy and Devil, My Journey To You dan terbaharu Pursuit of Jade, Zhang Linghe semakin dikenali sebagai antara ‘leading man’ C-drama yang ramai peminat tak kisah nak follow sampai habis. Kalau baru nak berkenalan dengan mamat ni, bersedia je lah…sekali tengok, boleh terus masuk dunia C-drama.

Zhang Linghe juga agak produktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila membintangi pelbagai genre, daripada drama zaman purba, era Republikan hinggalah cerita berunsurkan detektif. Jarang juga nak jumpa pelakon yang mempunyai kepelbagaian watak seluas ini kan? No wonder lah ramai yang mula jatuh cinta kat dia.

Jadi, bagi korang yang masih tidak mahu ketinggalan, ini dia antara drama Zhang Linghe yang paling menonjol untuk korang masukkan dalam watchlist.

My Journey to You pada 2023 menjadi antara karya yang membuatkan lebih ramai penonton mengenali Zhang Linghe apabila dia membawakan watak Gong Ziyu dalam drama zaman purba bertemakan pengintipan. Wataknya juga tampil dengan gaya yang agak berbeza daripada karakter lelaki utama dalam drama zaman purba pada kebiasaannya.

Memasuki 2024, Zhang Linghe terus mencuri perhatian menerusi The Princess Royal apabila membawa watak Pei Wenxuan, selain Guardians of the Dafeng yang menampilkan sisi lakonannya dalam genre berbeza.

Pada 2025 pula, dia meneruskan momentum menerusi beberapa karya romantik seperti Cherry Amber dan I Love You, membuktikan Zhang Linghe bukan jenis pelakon yang selesa terikat dengan satu genre saja.

Popularitinya kemudian terus berkembang dengan karya-karya terbaharu yang menampilkan Zhang Linghe dalam watak dan latar yang berbeza. Daripada lelaki zaman purba yang penuh misteri, watak romantik hinggalah karakter dalam latar era Republikan, memang banyak pilihan untuk korang tengok sisi berbeza pelakon kacak ini.

Kalau baru nak berjinak-jinak dengan C-drama atau baru nak kenal Zhang Linghe, My Journey to You boleh jadi antara pilihan untuk mula. Lepas tu, kalau dah mula ‘terjebak’, jangan salahkan Min kalau watchlist korang tiba-tiba penuh dengan drama mamat ni. Haha.

Kawan Terbaik Untuk Marathon Drama – Tablet Ini Memang Power!

Bila dah masuk dunia C-drama, satu episod memang susah nak berhenti. Jadi, selain drama yang best, skrin untuk marathon pun mestilah kena ngam. Ye dak?

Baru-baru ini Min bertukar ke tablet yang direka khusus untuk pengalaman menonton, dan perbezaannya memang jelas kelihatan.

Ini bukan sekadar peranti serba boleh untuk kegunaan harian, malah ia turut disahkan secara rasmi oleh iQIYI sebagai “Tablet Pilihan Utama”.

Mula dengan skrin, paparan 3K jaga mata 12.1 inci dengan liputan warna DCI-P3 memberikan paparan yang lebih tajam dan terperinci berbanding skrin telefon. Perbezaan ini paling ketara ketika menonton babak aksi dalam Pursuit of Jade kerana pergerakan dan butiran pada skrin besar nampak lebih jelas, berbanding telefon yang mempunyai ruang paparan lebih kecil.

Reka bentuk jaga mata pada skrin ini juga membantu memberikan pengalaman menonton yang lebih selesa, terutama untuk korang yang jenis boleh duduk marathon sampai tengah malam. Tak adalah baru dua tiga episod dah rasa mata pedih kan?

Jangka hayat bateri pula memang antara perkara penting bagi kaki marathon drama. Dengan bateri 10,100mAh dan jangka masa rasmi sehingga sembilan jam untuk main video, memang cukup untuk sesi menonton yang panjang tanpa perlu asyik mencari pengecas.

Paling penting, tak ada lagi situasi tengah syok tengok babak klimaks tiba-tiba keluar notifikasi bateri lemah. Itu memang boleh spoil mood.

Dari segi audio pula, tablet ini menyokong audio spatial, manakala versi Pro turut dilengkapi pensijilan DTS:X Ultra dan IMAX Enhanced. Jadi untuk babak aksi atau adegan emosi yang berat, pengalaman bunyi terasa lebih mendalam berbanding menonton menggunakan pembesar suara telefon.

Gabungan skrin besar, bateri tahan lama dan audio yang lebih immersive ini menjadikan tablet ini memang sesuai untuk kaki marathon drama. Lagi-lagi kalau jenis yang sekali tekan play, tahu-tahu dah pukul 3 pagi. Huwaaaaa…

Harga & Tawaran Pelajar

Siri HONOR Pad 20 bermula pada harga RM1,999. Bagi pelajar pula, ada diskaun pendidikan tambahan yang menjadikan harga serendah RM1,699.15 jer.

Dengan tawaran ini, pelajar boleh dapatkan tablet dengan skrin yang lebih besar dan pengalaman menonton yang lebih puas tanpa perlu keluarkan bajet terlalu tinggi.

Jadi, selain boleh digunakan untuk belajar, buat assignment atau urusan harian, boleh juga jadikan tablet ni teman setia untuk marathon C-drama bila dah habis kelas. Kan? Haha.

Jadi, kalau korang memang jenis yang boleh habiskan satu drama dalam masa dua tiga hari, mungkin dah tiba masa untuk upgrade pengalaman menonton. Tak perlu lagi kecilkan mata tengok skrin telefon, bagi Zhang Linghe ruang yang sepatutnya untuk dia tunjuk muka hensem tu okay? Hehehe.


Scroll to Top