SMK Meru waspada muslihat SMK Sultan Abdul Samad

SMK Meru waspada muslihat SMK Sultan Abdul Samad

Antara aksi SMK Meru ketika berdepan SMK Syed Mashor dalam perlawanan suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023. – Foto SMK MERU

GOL masa kecederaan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Danish Iman Mohd Hizwan membolehkan pasukan dari Klang itu menjinakkan SMK Syed Mashor, 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023 Bawah 15 tahun (B-15) di padang B Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 28 Shah Alam.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan kendalian Mat Hassan Mat Rofi dari Klang tersebut menempah slot separuh akhir berdepan SMK Sultan Abdul Samad di venue sama pada Jumaat.

SMK Sultan Abdul Samad dari Petaling Jaya mara ke kelompok empat terbaik selepas mengatasi cabaran SMK USJ 4, Subang Jaya, 4-3 di padang JSA Arena Setia Alam.

“Alhamdulillah syukur, saya berpuas hati dengan disiplin dan ketenangan pemain-pemain walaupun kami terpaksa menunggu sehingga masa kecederaan.

Scroll to Top