
Kesebelasan utama SMK Shah Alam bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15.
SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam enggan menganggap status pasukan pilihan yang dilabel menjelang perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 tahun menentang SMK Meru pada Isnin, sebagai jaminan akan meraih kemenangan mudah.
Sebaliknya, Mohd Akid Aiman Mohd Zanggi menegaskan juara Piala Sumbangsih itu masih perlu memberikan permainan terbaik bagi memantapkan aksi jagoan Shah Alam apabila berdepan pasukan dari Klang tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
“Alhamdulillah, syukur, kita berada pada landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan berganda dalam edisi 2023 kali ini.
“Namun dalam perlawanan akhir kita perlu berwaspada dengan strategi dan taktikal digunakan oleh pihak lawan supaya kita tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menyaksikan pasukan berputih mata pada pengakhirannya.