SOJC: Malaysia kecundang kali keempat

SOJC: Malaysia kecundang kali keempat

Pemain Malaysia Shamir Shamsul dihalang dua pemain Great Britain Tom Spreckley dan Rory Penrose pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, pada Khamis. – Foto Bernama

MALAYSIA terus kecundang apabila merekodkan kekalahan keempat dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) selepas tumpas 7-4 kepada Great Britain pada perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di Stadium Hoki Taman Daya, di sini pada Khamis.

Awal permainan, pasukan Great Britain tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila menghasilkan gol seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti Mathew Hughson.

Seakan mendapat rentak, pasukan kendalian Jon Bleby terus menambah jaringan kedua menerusi gol padang dari Ted Graves pada minit kesembilan.

Pasukan bimbingan Muhammad Amin Rahim terus tersentak apabila Great Britain terus mencipta gol ketiga menerusi gol padang oleh Ali Douglas pada minit ke 15.

Scroll to Top