Sokong kerjaya tukang gunting, Barber Expo & Salon Expo 2024 kembali lagi!

Sokong kerjaya tukang gunting, Barber Expo & Salon Expo 2024 kembali lagi!

Peneraju penyokong komuniti tukang gunting rambut Malaysia, Retrobee Global Sdn Bhd dengan bangganya membawa kembali Barber Expo & Salon Expo 2024 di Pusat Pameran, Pavilion Bukit Jalil pada 18 hingga 19 September ini.

Acara yang ditaja oleh myBarber dengan kerjasama KSAcademy ini bakal mengumpulkan pemimpin industri, profesional dan peminat dari seluruh Asia untuk meraikan, mendidik dan berinovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.

Dalam pada itu, kali ini Barber Expo & Salon Expo 2024 bakal menganjurkan beberapa acara termasuklah pertandingan yang boleh disertai oleh peminat.

Barber Expo & Salon Expo 2024 sokong kerjaya tukang gunting

Antara acara utama expo ini adalah bengkel yang bakal menampilkan pendidik terkenal di peringat antarabangsa iaitu Pengarah Hwan, John OP, Abby Chen dan Alan Beak.

Peserta akan mendapat akses eksklusif kepada bengkel hands-on dan seminar disamping turut mendapatkan pandangan tentang trend terkini, teknin dan inovasi membentuk industri.

Selain itu, Barber Expo & Salon Expo 2024 juga bakal mengadakan beberapa pertandingan iaitu Barberlympics 2024, World Barber Classic, Pertandingan Muvmen Shaggy Cut, Vossa Bob Cut; Pertandingan Mannequin dan Skull Republic Burst Face dengan Creative Top (Berkumpulan).

Artikel lain: BSN lancar BSN Care 50 Hari Memberi: Jalan-Jalan Selamat Hari Malaysia

Barber Expo & Salon Expo 2024 bakal menampilkan sejumlah 60 gerai yang bakal mempamerkan alatan, produk dan perkhidmatan yang canggih disamping turut menawarkan peluang mengenali jenama dan inovasi baharu dalam meningkatkan perniagaan.

Barber Expo & Salon Expo 2024

Peserta juga dapat membina hubungan baharu dalam expo tersebut susulan kehadiran rakan profesional, bakal pelanggan dan pengaruh industri dan persekitarannya yang direka untuk memupuk hubungan, perkongsian da kerjasama masa hadapan.

Barber Expo & Salon Expo 2024 juga menawarkan hiburan dan persembahan dari tukang gunting terkenal yang akan menonjolkan kesenian dan kemahiran di atas pentas dan acara ini bakal diakhiri dengan persembahan artis tempatan, Noh Salleh pada hari terakhir.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Barber Expo & Salon Expo 2024 di Pusat Pameran, Pavilion Bukit Jalil pada 18 hingga 19 September nanti!

Selain menjadi platform dinamik yang memupuk pendidikan, penjenamaan dan rangkaian, ia juga meletakkan Malaysia sebagai hab pusat Asia untuk perhimpunan tahunan industri.

Para peserta boleh menghadiri bengkel, pertandingan dan pameran yang meraikan kreativiti dan inovasi dalam sektor gunting rambut dan salun.

Apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda sekarang di https://barbersalonexpo.asia/ atau anda juga boleh mendapatkan tiket pada hari acara.

Scroll to Top