Sokongan bekas atlet kunci kejayaan skuad karate

Sokongan bekas atlet kunci kejayaan skuad karate

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas atlet karate negara tampil ke Sukan Sea Kemboja untuk memberikan sokongan kepada atlet negara yang beraksi di temasya itu.

Semangat mereka dalam sukan karate nyata tidak luntur meskipun sudah menutup perjuangan mereka lebih 10 tahun lalu.

Walaupun kemampuan mereka ini tidak secerdas ketika bergelar atlet, namun mereka tidak berhenti menyokong perjuangan atlet karate seperti C Shamalarani, H Sureeya Sankar, P Madhuri, S Prem Kumar dan R Sharmendran.

Bekas juara Asia dan pemenang pingat emas Sukan Sea, Vasantha Marial Anthony berkata, ini adalah kali kedua dia hadir ke Sukan Sea untuk memberikan sokongan kepada atlet karate negara

“Saya pernah ke Kemboja sebelum ini dan kali ini saya di sini untuk menyokong pasukan karate negara. Saya sangat gembira melihat pemain muda dari pasukan kebangsaan melakukannya, mereka kelihatan kuat dan menggerunkan.

“Ketika saya masih muda, kami mempunyai senior kami yang menyokong kami ketika kami bertanding dan kini giliran kami untuk menyokong pasukan Malaysia. Saya rasa ini adalah tanggungjawab dan kewajipan saya untuk berada di sini untuk negara dan sukan saya.

“Saya sedang menjadi pelatih karate sekarang.. karate dalam darah saya dan bagi saya, ia satu gaya hidup… anak saya pun menceburi sukan karate, mereka masih di peringkat junior dan saya harap mereka boleh menjadi atlet negara pada masa akan datang.

“Saya mengendalikan kelas latihan karate di kawasan Seri Kembangan dan Kajang, harap dapat melahirkan atlet berkaliber untuk pasukan negara,” kata Vasantha yang terkenal pada tahun 2000 sebelum bersara pada 2010.

Bagi, G Vathana yang juga anggota pasukan kumite yang pemenang pingat emas Sukan Sea Laos 2009, Sukan Sea Kemboja ini adalah penampilan keduanya sebagai penyokong pasukan karate Malaysia.

Tambahnya, dia pernah mengenali pemenang pingat emas kumite bawah 55 kg S. Prem Kumar ketika dia berusia empat tahun menjalani latihan di Jalan Ipoh.

“Ini adalah kali kedua saya menyokong pasukan negara dalam Sukan Sea, saya berada di Sukan Sea terakhir di Vietnam dan persekitaran di sana lebih baik. Dewan pertandingan di Kemboja terlalu kecil dan kami tidak boleh bergerak atau bersorak sama banyak.

“Kami akan pergi ke Sukan Sea seterusnya di Bangkok untuk menyokong pasukan karate kami. Saya melihat perjalanan ini sebagai satu cara untuk mengekalkan ikatan dengan bekas rakan sepasukan saya dan berhubung dengan generasi baharu atlet karate negara,” katanya.

“Kami amat berbangga melihat atlet karate negara mengekalkan standard yang tinggi, kami pernah mempunyai R Puvaneswaran yang membawa obor semasa generasi kami dan kini baton diserahkan kepada orang seperti Prem. Kami berharap mereka boleh mencapai standard yang tinggi,” katanya

Bekas juara Asia, Hatta Mahamut mendedahkan bahawa mereka sudah berada di Phnom Penh sejak hari pertama pertandingan dan pernah berada pada dua edisi sebelummya iaitu di Filipina pada 2019 dan Vietnam 2021.

Hatta yang kini bertugas sebagai jurulatih Majlis Sukan Negeri Terengganu berkata, atlet karate seangkatan dengannya sentiasa berhubung antara satu sama lain dan mempunyai ikatan yang kuat selepas berada dalam pasukan kebangsaan selama bertahun-tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top