Terdapat lebih 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya bagi mendapatkan hasil solekan yang ‘wow’.
Maka, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus Berbentuk Kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata.
Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus Pemerah Pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya.
Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah.
Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus Penyamar Noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer.
Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus Blending Pembayang Mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut.
Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus Penggaris Mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata.
Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus Pembayang Mata Bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes.
Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus Kening Condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata.
Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus Bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir.
Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir. Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati.
Enjoy your makeup moment!
Sumber Foto: www.pexels.com
Download seeNI sekarang!
Hidup setiap manusia mempunyai jalan-jalan serta liku-liku yang berbeza antara satu sama lain. Ada yang lahir sudah kaya dan di atur kehidupannya, ada juga yang lahir susah dan perlu mencari haluan hidup mereka.
Setiap orang pasti ada jalan cerita yang sendiri tidak kira siapa pun orang itu. Jadi mengapa perlu kita bandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain?
Rezeki milik Allah SWT di tentukan pada kita secara berlainan
Memang sudah menjadi lumrah buat manusia untuk berasa iri hati dan sedih apabila merasai kehidupan yang mereka lalui itu tidak adil. Manakan tidak, mereka mulai membanding diri dengan mereka yang hidup dalam keadaan baik.
Jadi bagi mereka ataupun kita yang suka membandingkan diri dengan orang lain ini sebenarnya suatu tabiat yang buruk. Kenapa perlu menambahkan rasa stres dan tertekan oleh kerana apa yang kita tidak miliki, di miliki oleh orang lain?
Kita suka melihat kehidupan seorang artis atau selebriti yang megah menunjukkan kemewahan mereka. Kalau mahu bercuti, seakan-akan petik jari sahaja, terus mereka naiki pesawat persendirian ke tempat itu.
Artikel berkaitan: Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan
Pernah tak anda terfikir yang sebenarnya itu cuma ilusi?
Ilusi yang min cuba maksudkan adalah apa yang mereka tunjuk itu hanya sekadar luaran sahaja. Kita tidak tahu gambar atau rakaman di sebalik ‘kebahagiaan’ dan ‘kemewahan’ itu terselit suka dan duka.
Ya, itulah dia dunia media sosial yang menggambarkan apa yang kita minat dan suka pada ketika itu. Tetapi hati ini akan bergolak, ia akan berubah bukan kepada satu benda sahaja–ia akan beralih kepada benda yang lain.
Erti kata lain, minat kita terhadap kemewahan atau sesuatu hasrat kearah ‘kebendaan’ akan mulai pudar saban hari. Usia semakin meningkat, pemikiran semakin matang untuk kembali kepada yang Maha Esa, Allah SWT.
Suka min nak ingatkan supaya kita mula untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada–rumah, kereta, keluarga, kerja dan sebagainya. Mungkin dalam hari yang kita cuba syukur, Allah SWT kurniakan lagi nikmat yang tak pernah kita bayangkan. MasyaAllah.
Sumber info: AkuIslam
Artikel berkaitan: “Berbaloi Mak Hang Cari Duit Nak Bayar ‘Fees’…Bukan Sikit-Sikit Duit Chek Oii…” – Che Ta Rasa Bersyukur Anak Keduanya Peroleh Double Degree
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac, ramai penggemar milk tea tidak menikmati minuman kegemaran ini, tetapi rakyat Malaysia tidak menjadikan ini batasan untuk membuat pelbagai aktiviti di rumah mahupun merekacipta resepi sendiri.
Milk Tea yang berasal dari negara Taiwan dan juga Thailand ini menjadi kegilaan kerana rasanya yang berlemak manis dan sedap diminum tidak kira masa. Tetapi, setiap kali mahu membeli milk tea viral ini pastinya perlu beratur panjang! Jangan risau kerana anda sudah boleh buat sendiri milk tea dessert ini di rumah dan boleh minum puas-puas. Melalui perkongsian seorang hijabi E-da Norsyaidah sekali tengok memang rasa nak cuba berkali.
Aroi mak mak… uuuuuih! Sekarang tengah viral Thai milk yang artis2 duk makan tu. So kekda try la buat, sbb hari tu husband beli nak rasa boleh tahan juga harga dia,tapi takde la mahal sangat. Tapi buat sendiri lagi berbaloi. Cara ni kekda buat simple-simple je ,so jangan kecam yek, ni versi kekda & hak cipta terpelihara konon good-good jek kan. Memang lagi padu dan terasa lemak-lemak manis dia.
- 1 Tin susu cair carnation ( bagi kekda brand ni sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak-lemak)
- 2 sudu Susu pekat ( ni pakai je brand apa.. )
- 1 paket Kristal Jelly Brand Nona ( Perisa Raspberi) Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka
- 1 sudu biji selasih.. rendam hingga kembang dan toskan
- 1 mangkuk ais
1.Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.. susu pekat tu boleh adjust ikut kehendak masing-masing macam kekda letak ckit je.. sebab jelly tu dah memang manis.
2.Bagi kekda versi ni lagi sedap sbb bau wangi dari jelly raspberry tu + lemak-lemak susu cair tu.. Minum tengah hari panas-panas.. satu mangkuk licin sorang.
Hilangkan kebosanan anak-anak, jom cuba resepi kegemaran untuk merngeratkan silatulrahim. Selamat mencuba!
Sumber: E-da Norsyaidah
Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan buat kita untuk menganggap ubat secara lazimnya di gunakan hanya untuk merawat penyakit. Hakikatnya, ianya mempunyai banyak kegunaan lain yang berbeza.
Soalnya, adakah ramai yang tahu mengenai penggunaan ubat yang berkaitan tidak kira jenis penyakit atau sebagainya? Di sini kami akan cuba menjelaskan apa kegunaannya.
Ubat bukan sekadar merawat, ia juga punyai fungsi lain
Jadi apa gunanya jika kita hidup perlu mengambil ubat untuk kekal sihat? Jangan terus buat andaian, anda perlu tahu keberkesanan setiap jenis ubat.
Terdapat perkongsian dari Fahmi Hassan RPh di Twitter, dia yang juga merupakan seorang ahli farmasi mengambil inisiatif ini untuk menjelaskan tiga jenis fungsi ubat yang ramai tidak tahu. Jadi ramai yang boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jenis-jenis ubat dan kegunaannya.
Menurutnya, ubat terdiri untuk kegunaan kepada tiga jenis kebaikan–merawat, mengawal, atau mencegah penyakit. Rata-ratanya ubat di anggap wujud hanya semata untuk menyembuhkan penyakit, namun fungsinya yang jauh lebih baik seperti mengawal penyakit adalah suatu ciri yang sangat bagus dalam penjagaan kesihatan badan.
Artikel berkaitan: Tip Pemakanan Untuk Mengelakkan Penyakit Gastrik. Betul Ke?
Ubat yang mengawal ini secara amnya ingin membantu pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, masalah jantung, darah tinngi, dan juga yang berkaitan. Ikutnya lagi, ubatan ini perlu di makan sepanjang hayat bagi pesakit itu supaya ia dapat mencegah keburukan yang lebih teruk.
Bagi ubat yang merawat penyakit pula ia tertumpu untuk mebunuh apa-apa jangkitan kuman yang boleh menyerang tubuh badan. Salah satu ubat merawat penyakit adalah seperti antibiotik.
Sambungnya lagi pula, ada juga ubat yang bersifatkan untuk melegakan simptom. Ia merupakan salah satu alternatif lain bagi rawatan bagi sesetengah penyakit yang lebih berbentuk kepada ubat-ubatan.
Sebagai pengetahuan anda, jenis-jenis ubat ini di klasifikasikan lagi mengikut kegunaannya, sudah tentu anda perlu tahu dan lebih peka mengenainya. Ikhtiar dan terus berusaha, percaya pada diri untuk kekal sihat dan cergas.
Sumber info dan gambar: Fahmi Hassan RPh dan Canva
Artikel berkaitan: Madu Linden Bukan Sekadar Madu Biasa, Mampu Sembuhkan Penyakit & Serlahkan Kecantikan!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!