Sorakan pemburu ‘dollar’ undang rasa sebak – “Selamat pulang ke tanah air…”

Sorakan pemburu ‘dollar’ undang rasa sebak – “Selamat pulang ke tanah air…”

Hari ini, tanggal 1 April 2022 merupakan detik permulaan fasa peralihan ke endemik setelah pihak kerajaan Malaysia memutuskan untuk membuka semula sempadan negara ekoran daripada penularan Covid-19.

Ekoran itu, kecoh di media sosial mengenai perkongsian perasaan gembira di kalangan warga Malaysia yang mencari rezeki di Singapura setelah 2 tahun menanti detik bermakna ini.

Menurut laporan Harian Metro, Tambak Johor dan Lebuhraya Linkedua, kini kembali ‘bernyawa’ selepas hampir dua tahun sepi sepanjang  yang sepi  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini jelas dapat dilihat menerusi ciapan Hazrey di laman Twitter, ratusan motorsikal melepasi pemeriksaan Kastam dan Imigresen (CIQ) di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupas.

Manakala di TikTok, di dalam video yang dimuat naik oleh pengguna laman itu, Shazwan jelas kelihatan sorakan kegembiraan kerana dapat pulang ke tanah air untuk bertemu dengan keluarga tersayang yang sudah lama tidak berjumpa.

@_wan100

Selamat pulang pemburu dollar 🥰#anakrantaumalaysia #fypシ #fyp #runsgd #anakrantau

♬ Coming Home – Diddy – Dirty Money

Perkongsian detik bersejarah itu turut dirasai di kalangan warganet sehingga mengundang rasa sebak yang tidak dapat digambarkan.

Rata-rata mereka meluahkan kesedihan dan teruja apabila melihat anak-anak perantau di Singapura pulang ke Malaysia bertemu dengan keluarga setelah hampir 2 tahun.

Selain itu, terdapat warganet meluahkan kesyukuran atas kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan, pastinya tahun ini merupakan tahun yang ternanti-nanti untuk menyambut bulan Ramadan dan beraya bersama ahli keluarga.

 

Sumber: Twitter @Hazrey, TikTok @_wan100 , Harian Metro