Speedy Tigers kelima terbaik di kelayakan Olimpik

Speedy Tigers kelima terbaik di kelayakan Olimpik

Speedy Tigers tamatkan kempen kelayakan Olimpik di kedudukan kelima selepas mengatasi Kanada 3-1 menerusi penentuan penalti pada perlawanan klasifikasi tempat kelima-keenam, hari ini. Foto MHC

SKUAD hoki lelaki kebangsaan menamatkan kempen kelayakan Olimpik di kedudukan kelima selepas mengatasi Kanada 3-1 menerusi penentuan penalti pada perlawanan klasifikasi tempat kelima-keenam, hari ini.

Terdahulu, skuad negara yang dikenali sebagai Speedy Tigers terikat tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-18 dunia itu di Stadium Oman, Muscat.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi pukulan penalti dengan Muhammad Firhan Ashari, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi dan Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal berjaya melengkapkan percubaan mereka buat Malaysia yang berada di ranking ke-14 dunia.

Kanada hanya Floris van Son berjaya menemui sasaran manakala Brenden Bisset dan Balraj Panesar terlepas peluang.

Scroll to Top