SPRM fail permohonan lucut hak Menara Ilham

SPRM fail permohonan lucut hak Menara Ilham

rnoraina@hmetro.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan melucut hak Menara Ilham milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin, hari ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, susulan pembekuan aset berkenaan oleh SPRM sebelum ini.

“Permohonan pelucuthakkan tanpa pendakwaan Menara Ilham dilakukan mengikut Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Perkara ini bukan sesuatu yang mudah memandangkan perlu melalui banyak proses selain dokumen berkaitan Menara Ilham juga adalah tebal,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Beliau berkata, SPRM juga akan memfailkan permohonan melucut hak beberapa aset lain dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, media melaporkan Menara Ilham terletak di Jalan Binjai disita SPRM sekali lagi.

SPRM mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan itu berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) AMLATFPUAA 2001 bertarikh 4 Jun 2025.

Penyitaan kali kedua itu dibuat di bawah AMLATFPUAA manakala sitaan kali pertama pada Disember 2023 adalah menggunakan Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top