Suami maut, isteri cedera kemalangan dengan treler

Suami maut, isteri cedera kemalangan dengan treler

am@hmetro.com.my

Kulai: Suami maut, manakala isterinya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki kemalangan dengan treler muatan kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tinggi, berhampiran simpang Felda Taib Andak di sini, hari ini.

Mangsa maut dikenali Zamri Mohamed, 56, yang memandu kereta, sementara Azizah Abd Samad, 55 cedera.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Fauzi Che Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan itu pada 3.23 petang dan pasukan sembilan anggota dikerah ke lokasi.

“Setibanya pasukan, didapati kemalangan membabitkan treler muatan kelapa sawit dengan MPV jenis Mitsubishi Xpander.

“Pemandu lori tidak cedera, namun pemandu MPV yang tersepit telah disahkan meninggal dunia.

“Penumpang wanita cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi itu ditamatkan pada 5 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top