am@hmetro.com.my
Baca juga: Sultan Nazrin kurnia ijazah sarjana kepada Tengku Ampuan Pahang
Kuching: Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN13) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang, menyaksikan berlakunya pertandingan empat penjuru.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Batu Lintang Lillian Liew selepas tamat tempoh penyerahan kertas pencalonan di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), di sini, hari ini.
Proses penyerahan kertas pencalonan berlangsung selama sejam bermula 9 pagi hingga 10 pagi.
Empat calon yang disahkan layak bertanding untuk kerusi itu adalah penyandang DUN Batu Lintang See Chee How yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS-SUPP), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP), Voon Lee Shan (PBK) dan Peter John Jaban yang bertanding sebagai calon Bebas.
Chee How, 62, tiba di pusat penamaan calon pada 8.45 pagi, manakala Lee Shan, 71, yang juga Presiden PBK tiba pada 8.31 pagi.
Lee Wuen, 40, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching pula tiba pada 8.53 pagi, diikuti Peter, 62, pada 8.59 pagi.
Pada PRN kali ini turut melihat persaingan antara wakil parti politik dan calon Bebas bagi merebut sokongan pengundi di kawasan majoriti pengundi Cina.
DUN Batu Lintang mempunyai 46,292 pengundi, dengan pengundi berusia antara 18 hingga 29 tahun merangkumi 20.9 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi.
Pada PRN12 lalu, Chee How yang ketika itu bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) mempertahankan kerusi berkenaan dengan memperoleh 4,420 undi.
Keputusan pilihan raya kali ini dijangka menjadi perhatian susulan perubahan landskap politik serta kemunculan empat calon menawarkan pilihan berbeza kepada pengundi Batu Lintang.
© New Straits Times Press (M) Bhd