Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan satu serbuan besar-besaran yang mengejutkan ramai apabila mereka menyita wang tunai lebih RM100 juta daripada rumah seorang bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA: SPRM Tahan Empat Pegawai Berkait Dengan Ismail Sabri!
Menurut sumber yang dipetik oleh New Straits Times (NST), wang tersebut ditemui dalam beberapa beg besar dan peti besi di dalam sebuah bilik di kediaman berkenaan.
Wang tunai lebih RM100 juta disita

Bukan setakat duit sahaja, SPRM juga merampas beberapa dokumen penting, barang kemas mewah serta peranti elektronik yang dipercayai ada kaitan dengan kes ini.
Serbuan ini adalah hasil siasatan dan pemantauan SPRM selama beberapa bulan berkaitan dakwaan salah guna kuasa serta pengubahan wang haram.
Kini, penyiasat SPRM sedang meneliti sumber wang sama ada kemungkinan ianya berkaitan dengan dana politik. SPRM juga membuat siasatan menjurus kepada peranan bekas pegawai kanan berkaitan dana yang dirampas.
4 pegawai kanan ditahan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa empat pegawai kanan yang pernah berkhidmat di bawah Ismail Sabri ketika beliau menjadi Perdana Menteri telah ditahan bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung kemungkinan rasuah dan pengubahan wang haram.




