Stadium Nasional Bukit Jalil: ‘Konsert boleh, bola sepak pun boleh’

Stadium Nasional Bukit Jalil: ‘Konsert boleh, bola sepak pun boleh’

Hannah ketika ditemui media di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Bernama

STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah untuk ‘pelbagai guna’ termasuk penganjuran konsert dan tidak terhad kepada bola sepak semata-mata.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang memberitahu bahawa fungsi tersebut sudah pun diterapkan sejak sekian lama.

Justeru beliau akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) penggunaan stadium diketatkan termasuk tidak berlaku pertindihan jadual penggunaan seperti sebelum ini.

“SNBJ adalah ‘multipurpose’ dan sebelum ini memang selalu stadium ini berkongsi (penggunaan),” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri acara Larian Datasonic H20 2024 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Sabtu.