'Standing ovation' untuk Ernie Zakri

'Standing ovation' untuk Ernie Zakri

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi lagu Aura, Ernie Zakri memukau ribuan penonton di Axiata Arena dan mendapat ‘standing ovation’ dan jeritan histeria selepas menyanyikan lagu itu di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), hari ini.

Ernie mempersembahkan lagu ciptaannya bersama John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu dan tampil bermain alat muzik, membuat beberapa ‘lapis’ harmoni dan lokasi acara itu umpama berubah menjadi auditorium muzik klasik.

Tidak hanya itu, Axiata Arena juga dihujani dengan kertas-kertas berkilau umpama sebuah persembahan penutup, sekali

gus menaikkan lagi semangat penonton untuk terus bersorak.

Pentas juga dihiasi dengan konsep taman bunga dan diiringi 10 penyanyi koir yang berharmoni bersama Ernie.

Terdahulu, Ernie pernah memegang Anugerah Vokal Terbaik di AJL32 menerusi lagu Aku Cinta bersama Syamel dan AJL35 menerusi lagu Gundah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top