Suami Cikgu Istiqomah tiba di Hospital Melaka untuk tuntut jenazah

Suami Cikgu Istiqomah tiba di Hospital Melaka untuk tuntut jenazah

atam@hmetro.com

Melaka: Suami kepada Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, Mohd Yusof Mokhtar, tiba di Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi menuntut jenazah wanita terbabit.

Mohd Yusof, 35, tiba bersama beberapa ahli keluarga pada 11.45 pagi bagi proses serahan jenazah.

Sebelum ini ahli keluarga memaklumkan mahu membawa pulang mayat mangsa ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan jenazah Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dibenarkan untuk diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian.

Mayat mangsa ditemui orang awam dalam tong sampah di longkang tepi Jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang, 31 Disember 2023 selepas mangsa dilaporkan hilang tujuh bulan sebelum itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top