Suami isteri warga emas maut kemalangan

Suami isteri warga emas maut kemalangan

Mersing: Suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir di Kilometer 54, Jalan Kluang-Mersing, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Rosnan Aris, 64, seorang peniaga kedai makanan dari Felda Nitar 2, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Aminah Kodir, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Waja dipandu Rosnan dari arah Kluang menuju ke Mersing hilang kawalan lalu merempuh treler Volvo dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, pemandu treler berkenaan tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Scroll to Top