Tiada angin tiada ribut, suami pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman didakwa sudah diisytiharkan muflis dan tidak boleh keluar negara.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang aktivis, Mona Din menerusi sebuah hantaran di akaun Facebook miliknya yang membalas status bekas isteri Rosland, Adibah Mutallib.
“Rosland kini diisytihar muflis dan ditahan daripada keluar dari negara,” katanya.
Perkongsian tersebut dituju khusus buat Adibah atas perjuangannya yang baru sahaja mendapat hak penjagaan sepenuhnya terhadap kedua-dua anak mereka.

Terdahulu, Rosland menceraikan Adibah dengan talak datu pada 3 Ogos 2023 selepas 28 tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.
Rosland mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata.




