Pelakon Ika Nabella mencetuskan perdebatan hangat selepas mengeluarkan kenyataan bahawa suara perempuan bukan aurat.
Walaupun niatnya untuk buka ruang perbincangan ilmiah, tapi cara penyampaiannya mengundang pelbagai reaksi.
“Suara perempuan bukan aurat” – Pelakon Ika Nabella
Ramai netizen tersentap dengan ayat “fight me” yang disalah tafsir sebagai cabaran walaupun Ika dah jelaskan ianya perbincangan ilmiah.

Melihat situasi semakin panas, Ika tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya. Katanya, “fight me” tidak bermaksud menentang hukum Allah atau mengajak bergaduh, sebaliknya mengajak orang ramai mencabar kenyataan tersebut dengan hujah, fakta dan ilmu.

Dia juga berkata dia suka perbincangan seperti ini kerana ia membuka peluang melihat siapa yang benar-benar berilmu.
Namun, dalam nada berseloroh, Ika mengakui ramai yang triggered dengan ayat “fight me” dan menyifatkan reaksi tersebut sebagai lucu.

Pssttt! Dalam isu agama yang sensitif seperti ini, penting untuk kita kekalkan adab, ilmu dan keterbukaan dalam menyampaikan serta menerima pandangan. Baru lah harmoni je perbincangan tu kan..
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




