Oh! Arena
Isu penginapan Sukan Asia Aichi-Nagoya jadi perhatian selepas atlet lelaki dan wanita dilapor ditempatkan dalam bilik sama.
Menjelang pembukaan rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya Sabtu ini, isu penginapan nampaknya masih belum benar-benar selesai.
Bukan kontinjen luar sahaja yang terkesan, malah tuan rumah Jepun sendiri kini sedang mempertimbangkan lokasi alternatif selepas timbul beberapa masalah membabitkan pembahagian bilik atlet dan pegawai.
Penginapan kreatif jadi pilihan

Berbeza dengan temasya besar lain, penganjur kali ini tidak membina Perkampungan Atlet khas untuk menempatkan kira-kira 17,000 atlet dan pegawai.
Sebaliknya, sebuah kapal persiaran dari Itali digunakan untuk menempatkan 4,000 peserta, manakala 2,000 lagi ditempatkan di kabin berbentuk kontena di kawasan dermaga pelabuhan terbesar Jepun.
Namun, Timbalan Ketua Kontinjen Jepun, Hisashi Mizutori berkata beberapa masalah mula dikesan sebaik atlet mula mendaftar masuk.

Bagaimanapun, proses itu mengambil masa agak lama dan disebabkan masalah pengaktifan akreditasi, kami menerima laporan bahawa sesetengah atlet terpaksa menunggu selama beberapa jam.- Katanya.
Lebih mengejutkan, ada pembahagian bilik yang dibuat hanya berdasarkan jumlah tanpa mengambil kira jantina atau peranan individu dalam pasukan.
Terdapat kes jurulatih, pegawai pasukan dan atlet ditempatkan di bilik yang sama. Ada juga situasi pembahagian bilik dibuat semata-mata berdasarkan jumlah.- Katanya.
Hotel jadi pelan sandaran di Aichi-Nagoya

Masalah itu dipercayai berlaku selepas jumlah penyertaan meningkat berbanding anggaran awal 15,000 atlet dan pegawai susulan penambahan beberapa acara baharu.
Penganjur bersama Majlis Olimpik Asia sebelum ini menetapkan jumlah maksimum 17,000 peserta dan memberi jaminan semua yang terlibat akan mempunyai tempat penginapan.
Kami kini sedang berusaha menyelaras dan merundingkan penyesuaian sedaya upaya. Bagi kes yang terlalu sukar untuk diselesaikan, kami sedang mempertimbangkan penggunaan penginapan sandaran yang disediakan oleh Kontinjen Jepun lebih awal sebagai alternatif.- Kata Mizutori.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Olimpik Jepun sudah membuat persediaan awal dengan menempah bilik hotel sekitar bandar sebagai langkah sandaran sekiranya keadaan sukar diselesaikan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
