Sukan Para Asia: Berbasikal trek sumbang emas kedua negara

Sukan Para Asia: Berbasikal trek sumbang emas kedua negara

Pelumba berbasikal trek para negara menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini hari ini.

PELUMBA berbasikal trek para negara, Nur Suraiya Muhammad Zamri mempamerkan kayuhan bertenaga dalam perlumbaan akhir ujian masa 1,000 meter (m) untuk menghadiahkan pingat emas kedua negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini hari ini.

Bergandingan dengan jurumudi, Farina Shawati Mohd Adnan, Nur Suraiya menamatkan saingan kategori wanita B dengan catatan masa 1 minit 13.434 saat (s).

Lebih manis pingat perak turut disambar gandingan senegara Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nur Suhada Zainal pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun’ An Jieshou.

Nur Azlia Syafinaz pula merakam masa 1:14.083s untuk mengetepikan pelumba China, Wang Linhua yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa menerusi catatan 1:14.787s.

Scroll to Top