PHNOM PENH: Malaysia berjaya mendominasi acara 400 meter (m) apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita di Sukan SEA Kemboja 2023, sebentar tadi.
Pelari sensasi 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara itu.
Shereen yang merupakan pemegang rekod kebangsaan meraih emas selepas mencatat masa 52.53 saat (s) untuk menewaskan dua pelari Vietnam, Nguyen Thi Huyen ditempat kedua (53.27s) manakala Nguyen Thi Hang ketiga(53.84s).
Dalam pada itu, Umar Osman turut mencipta sensasi menyumbang emas dalam acara sama selepas mencatat masa 46.34 s mengatasi dua pelari Filipina, Umajesty Wesley Lachica Williams 46.52 s untuk meraih perak, sementara gangsa milik Frederick Cabatu Ramirez (46.63s).-UTUSAN




