SUKMA: Pegawai pasukan kejar pengadil digari polis

KUALA LUMPUR – Suasana tegang mewarnai perlawanan separuh akhir Sukan Malaysia (Sukma 2022) melibatkan pasukan Wilayah Persekutuan dan pasukan Pulau Pinang di Stadium UiTM malam tadi.

Ia susulan insiden kad merah itu, seorang pegawai pasukan Wilayah Persekutuan masuk ke padang dan mengejar pengadil, Muhamad Shamil Mohd Jaafar seolah-olah mahu menumbuk kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Pengadil dilihat terpaksa berlari menyelamatkan diri daripada tengah padang ke tempat duduk simpanan pasukan Pulau Pinang

Selepas kejadian itu, pengadil itu melayangkan satu lagi kad merah terhadap staff tersebut sebelum dia dibawa keluar padang oleh polis sambil tangan digari.

Dalam satu rakaman video pula, pegawai terbabit telah digari oleh pihak polis sebelum dibawa keluar dari stadium.

Perlawanan itu berakhir kemenangan berpihak kepada Kontinjen Pulau Pinang dengan jaringan tipis 1-0 sekali gus melayakkan mereka ke perlawanan final bertemu pasukan Terengganu bagi merebut ibu emas di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur esok.

Pada perlawanan tersebut, Pulau Pinang yang lebih banyak mengancam gawang Wilayah Persekutuan menerusi beberapa percubaan sehinggalah gol yang dinanti mereka tiba pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Wilayah Persekutuan.

Usaha Wilayah Persekutuan terdesak memburu gol penyamaan pada babak kedua mengalami kesukaran apabila Muhammad Iman Fakhrullah dilayangkan kad merah pada minit ke-88 kerana mengasari pemain Pulau Pinang. – MalaysiaGazette