“Surat apa? Tak ada!” -Zahid nafi terima surat peletakkan jawatan MB N. Sembilan

“Surat apa? Tak ada!” -Zahid nafi terima surat peletakkan jawatan MB N. Sembilan

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tiada terima apa-apa surat

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ahmad Zahid menyatakan beliau tidak menerima sebarang surat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu.

“Surat apa? Letak jawatan? Tak ada,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2026, di sini hari ini.
“Surat apa? Tak ada!” -Zahid nafi terima surat peletakkan jawatan MB N. Sembilan

Foto: FB Zahid Hamidi

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai Ismail sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan susulan dakwaan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pembabitannya dalam satu mesyuarat berkaitan isu tertentu di Negeri Sembilan, Ahmad Zahid turut menafikan perkara berkenaan.

“Saya tiada (dalam perjumpaan itu) Memang saya tiada, dia (Ismail) dah nafikan yang saya memang tiada ketika itu,” katanya.

Foto: FB Dato’ Ismail bin Lasim

Katanya, perkara itu juga sudah dinafikan oleh Ismail menerusi satu kenyataan.

Sumber: Harian Metro (Noor Atiqah Sulaiman, Ahmad Mukhsein Mukhtar dan Nurul Hidayah Bahaudin)

Scroll to Top