PUTRAJAYA – Surat yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuhraya Utara Selatan adalah palsu.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan pada Rabu menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat bertarikh 17 Julai 2026 itu.
“Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” katanya pada Khamis.
Menurut PMO, laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen dan penyalahgunaan nama dan Perdana Menteri serta identiti rasmi PMO.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen palsu berkenaan.
PMO turut menegaskan bahawa tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.
