hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis menahan individu yang terbabit dalam kejadian pergaduhan di sebuah restoran di kawasan Kepong, 7 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kes masih dalam siasatan dan pihaknya sedang menjalankan tindakan lanjut.
“Suspek sudah ditangkap dan direman sehingga Khamis ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga individu menyerang seorang lelaki sehingga cedera di restoran terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




