Suspek tikam pelajar perempuan direman 7 hari

Suspek tikam pelajar perempuan direman 7 hari

am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, semalam direman tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Pelajar terbabit direman bermula hari ini sehingga Selasa depan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, mangsa cedera ditikam di bahagian badan dengan beberapa tikaman dipercayai menggunakan senjata tajam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top