Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Syafiq Yusof Ajak Sokong Filem Tempatan, Warganet Komen: “Banyak Movie Lokal Bulan Mei Ni”

Pengarah popular, Syafiq Yusof menyorot perhatian ramai selepas meminta orang ramai terutamanya peminat filem tempatan berkunjung ke pawagam terdekat untuk menyokong filem-filem Melayu yang sedang ditayangkan.

Katanya, selain filem arahannya, filem lain seperti Telaga Suriram, 6 Jilake, Kulit Wayang, adalah antara filem Malaysia yang wajib tonton sekarang.

Selain, filem Gayong, Ejen Ali The Movie 2 dan Keluang Man yang akan ditayangkan pada bulan Mei ini.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet tampil memberikan respons pada hantaran berkenaan.

Menurut segelintir netizen, tayangan pada tarikh yang sama adalah tidak logik untuk dilakukan dek kerana filem tersebut susah untuk bertahan selain memikirkan harga tiket wayang yang mahal.

Scroll to Top