Aktiviti lombong haram di Kampung Pulai, Gua Musang Kelantan akhirnya terbongkar selepas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyerbu kawasan berkenaan kelmarin.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa menyita tujuh jentera berat yang dianggarkan bernilai lebih RM4 juta, dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan perlombongan emas tanpa kebenaran.
Tiga lelaki warga China ditahan

Tiga lelaki warga China turut ditahan bagi membantu siasatan, manakala beberapa pekerja lain yang dipercayai warga Indonesia sempat melarikan diri dari lokasi kejadian.
Menurut sumber, kegiatan itu dipercayai dijalankan di atas kawasan tanah seluas lebih tiga hektar dan dipercayai melibatkan sebuah syarikat dari China.
Polis kesan pemilik tanah

Difahamkan, pemilik tanah sebelum ini mendakwa mempunyai permit melombong sebelum kawasan tersebut ditawarkan kepada syarikat berkenaan.
Sedangkan, pemilik tanah itu tidak mempunyai sebarang permit yang dimohon daripada PTG, sebaliknya surat yang dikeluarkan kepada sebuah syarikat dari China itu hanya surat beliau selaku pemilik tanah. Sehubungan itu kita sedang mengesan pemilik tanah berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita percaya kegiatan itu baru dilakukan sejak dua minggu lalu.
Lebih mengejutkan, sumber sama memaklumkan pelombong di kawasan tersebut dipercayai mampu memperoleh purata sekitar 100 gram emas setiap hari.
Bagaimanapun, pihak syarikat mendakwa aktiviti melombong di kawasan itu baru dilakukan selama tiga hari, namun perkara tersebut masih dalam siasatan lanjut.
Kini siasatan dibuat mengikut Enakmen Mineral 2001 & Undang-Undang berkaitan aktiviti melombong secara haram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




