Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya membuka mulut soal jodoh yang mengakui kini sudah bersedia menamatkan zaman bujang.
Menerusi program Interviu: Apa Rencana Syed Saddiq Selepas Ini?, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia lebih selesa merahsiakan kehidupan peribadi buat masa ini.
“Tipulah kalau saya kata nak kekal bujang sampai bila-bila. Memang ada niat ke arah itu, tapi proses membina rumah tangga bukan semudah yang disangka. Ia melibatkan pasangan, keluarga dan banyak perkara yang perlu dihormati,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Saddiq akui lebih senang untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi yang turut melibatkan individu lain, meskipun terbuka dalam banyak perkara terutama berkaitan politik.
“Kalau bab politik, saya tak ada masalah nak jawab. Tapi bila masuk hal peribadi yang bukan sekadar libatkan saya, malah orang lain termasuk keluarga… saya lebih selesa simpan dulu.
“Biarlah hal peribadi kekal peribadi, sampai masa nanti saya akan umumkan kepada semua,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Nilai Murni Lebih Penting Dari Rupa” – Syed Saddiq Dedah Ciri Wanita Idaman, Akui Hati Sudah Dimiliki
@sinarharianonline Saya tak sangka soalan ini ditanya – Syed Saddiq Ketika ditanya tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syed Saddiq berkata memang ada niat ke arah itu, namun dalam proses ke sana, ada privasi yang perlu dihormati. Ahli Parlimen Muar itu berkata, sementara itu biarlah kehidupan peribadinya kekal peribadi sehinggalah tiba masanya untuk diumumkan kepada semua. Dapatkan video penuh Interviu, Apa rencana Syed Saddiq selepas ini? di semua platform digital Sinar Harian! Interviu SinarHarian SyedSaddiq ArmadaBersatu AhliParlimenMuar #johordarultakzim




