Oh! Artis
Syida Melvin lega selepas bercerai dengan Syafiq Azim dan menganggap perceraian itu sebagai hadiah ulang tahun ke-30.
Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan berita perpisahan Syida Melvin dan suaminya Syafiq Azim selepas 7 tahun bersama. Syida dalam satu perkongsian turut mengakui dirinya kini lebih bersedia untuk membuka lembaran baharu.
Bagi pelakon dan usahawan itu, selesainya prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu memberi satu kelegaan, lebih-lebih lagi urusan tersebut berlangsung pantas dan tanpa sebarang masalah.
Syida Melvin anggap penceraian sebagai hadiah hari jadi

Menariknya, Syida yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-30 pada Selasa menyifatkan perceraian tersebut sebagai satu ‘hadiah’ yang bukan semua orang akan dapat.
Alhamdulillah prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.
Memandangkan semalam (Selasa) ulang tahun kelahiran saya, jadi perceraian adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat.- Katanya.
Sudah bersedia jadi ibu tunggal

Meskipun statusnya kini berubah, Syida memberitahu dia tidak terlalu terbeban dengan keadaan tersebut kerana sudah lama mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Malah, sepanjang lima hingga enam bulan tidak tinggal sebumbung dengan Syafiq, ketiga-tiga anak mereka memang berada di bawah jagaannya.
Saya okay saja, insya-Allah. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal).
Sepanjang lima ke enam bulan kami tidak sebumbung ini pun, anak-anak memang bersama dengan saya, jadi okay saja.- Katanya.
Hubungan demi anak-anak tetap dijaga

Walaupun hubungan sebagai suami isteri sudah berakhir, Syida dan Syafiq masih mahu mengekalkan hubungan yang baik demi kebajikan tiga orang anak mereka.
Menurut Syida, meskipun anak-anak berada bersamanya di kampung, mereka masih berpeluang bertemu bapa masing-masing setiap kali berada di Kuala Lumpur.
Kemelut rumah tangga pasangan itu akhirnya menemui titik noktah selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
