Trending
Tabung Solidariti Najib berjaya mencapai sasaran apabila UMNO selesai membuat pembayaran denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Intipati berita
- Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mencapai sasaran kutipan bagi membantu bekas Perdana Menteri itu membayar denda RM50 juta.
- UMNO mengesahkan pembayaran denda kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah diselesaikan pagi tadi.
- Akaun khas tabung rasmi ditutup dan tiada lagi keperluan untuk orang ramai membuat sumbangan.
- UMNO merakamkan penghargaan kepada semua ahli parti dan individu yang menyumbang, namun jumlah keseluruhan kutipan tidak didedahkan.
UMNO mengesahkan kutipan Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencapai sasaran dan mencukupi bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melunaskan denda sebanyak RM50 juta.
Menurut laporan Malaysia Gazette, perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengesahkan segala urusan pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah diselesaikan pagi tadi.
Susulan perkembangan tersebut, UMNO mengambil keputusan untuk menutup secara rasmi akaun khas tabung berkenaan.
UMNO sahkan kutipan sudah mencukupi
Menurut Asyraf Wajdi, tabung yang dilancarkan pada 18 September lalu itu berjaya mencapai sasaran hasil sumbangan ahli parti dan orang ramai.
“UMNO ingin mengumumkan bahawa jumlah kutipan dana melalui Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu bagi membantu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun mencapai sasaran dan mencukupi.
“UMNO telah menyelesaikan segala proses pembayaran kepada pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Akaun tabung solidariti Najib Razak rasmi ditutup
Seiring dengan penyelesaian pembayaran tersebut, UMNO memaklumkan tiada lagi keperluan untuk orang ramai meneruskan sumbangan menerusi tabung berkenaan.
“UMNO dengan ini secara rasmi menutup akaun khas Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan untuk penerimaan dana sumbangan orang ramai dan tiada lagi keperluan untuk pendanaan awam (crowdfunding) bagi tujuan tersebut.
UMNO turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli parti dan individu yang telah memberikan sumbangan sejak tabung itu diperkenalkan.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan itu tidak memperincikan jumlah keseluruhan dana yang berjaya dikumpulkan atau jumlah sebenar pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Tabung Solidariti Najib Razak dilancarkan pada 18 September lalu bagi mengumpulkan sumbangan orang ramai untuk membantu bekas Perdana Menteri itu melunaskan denda RM50 juta.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




