Prabudass catat rekod baharu kebangsaan acara separuh maraton

ATLET jarak jauh negara, K Prabudass melakarkan rekod baharu kebangsaan acara separuh maraton selepas mencatat satu jam tujuh minit di Festival Maraton Hokkaido-Sapporo 2021 di Jepun hari ini. Atlet berusia 31 tahun dari Negeri Sembilan itu menamatkan saingan di tempat ke-49 keseluruhan, 29 saat mengatasi rekod kebangsaan yang dilakukannya di Maraton Gold Coast ke-41 di … Read more

Pengurus acara, pembantu peribadi Neelofa beri keterangan hari ini

KUALA LUMPUR – Pengurus acara majlis pernikahan kontroversi Neelofa dan pembantu peribadinya enggan memberi sebarang komen selepas mereka selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini. Pengasas dan pemilik syarikat Reka Teemor, Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz yang juga merupakan pasangan suami isteri itu hadir kira-kira pukul 11.40 … Read more

Satu kluster baharu di Tawau berpunca acara makan malam

bhnews@bh.com.my KOTA KINABALU: Sabah semalam merekodkan satu lagi kluster baharu COVID-19 berpunca daripada acara makan malam yang diadakan di sebuah restoran di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster baharu itu sudah mencatatkan sebanyak 17 kes. “Terdapat satu kluster baharu direkodkan pada hari ini … Read more

AJL35 jadi rujukan acara hiburan siaran langsung

KUALA LUMPUR: Penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) terbitan TV3 boleh dijadikan sebagai rujukan bagi penganjuran acara hiburan secara siaran langsung dengan pembudayaan norma baharu dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, pada masa akan datang. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek, berkata program hiburan itu menjadi contoh bagi … Read more