Gangguan bekalan elektrik DUN Johor memalukan – Speaker

Gangguan bekalan elektrik DUN Johor memalukan – Speaker

ISKANDAR PUTERI: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini terhenti seketika ekoran berlaku gangguan elektrik dan sistem audio di dewan utama persidangan. Insiden berkenaan berlaku pada pukul 9.45 pagi ketika Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang menjawab soalan-soalan berkaitan isu kasino di Forest City. Speaker DUN Johor, Datuk… … Read more

Insiden rampasan kapal kontena jejaskan rantaian bekalan, premium insurans lebih tinggi

Insiden rampasan kapal kontena jejaskan rantaian bekalan, premium insurans lebih tinggi

Kuala Lumpur: Ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah, ditambah dengan insiden rampasan kapal kontena berkaitan Israel oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) boleh mengakibatkan gangguan rantaian bekalan serta premium insurans yang lebih tinggi, kata persatuan perkapalan. © New Straits Times Press (M) Bhd

Singapura sekat bekalan, jualan kupang dari PD

Singapura sekat bekalan, jualan kupang dari PD

SINGAPURA – Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya. Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, ia telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pengimport untuk mengesahkan sumber import kupang mereka dan memastikan ia tidak diimport dari kawasan itu. Agensi itu … Read more

Kerajaan bincang jaminan bekalan gas, keterjaminan bekalan elektrik dalam mesyuarat MTN

Kerajaan bincang jaminan bekalan gas, keterjaminan bekalan elektrik dalam mesyuarat MTN

KUALA LUMPUR – Jaminan bekalan gas dalam konteks peralihan tenaga dan keterjaminan bekalan elektrik di Semenanjung merupakan antara perkara dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Anwar menerusi hantaran di laman Facebook berkata MTN adalah majlis tertinggi terkait dengan penetapan hala … Read more

Bekalan barangan keperluan cukup sepanjang Aidilfitri

Bekalan barangan keperluan cukup sepanjang Aidilfitri

IPOH: Bekalan barangan keperluan di negeri ini dijamin mencukupi sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilftri pada minggu hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, berdasarkan maklum balas Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), bekalan barangan seperti ayam, daging, ikan dan sayur tidak berkurangan… … Read more

Melaka jamin bekalan air mencukupi ketika Aidilfitri – Ab Rauf

Melaka jamin bekalan air mencukupi ketika Aidilfitri – Ab Rauf

Jasin: Bekalan air di Melaka dijamin mencukupi untuk kegunaan penduduk di negeri itu khususnya pada musim perayaan Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata, paras air di tiga empangan iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan merekodkan bacaan lebih 80 peratus dan berada dalam keadaan stabil. “Ini juga menunjukkan … Read more

Cuaca panas: Sumber bekalan air di kebanyakan negeri masih terkawal

Cuaca panas: Sumber bekalan air di kebanyakan negeri masih terkawal

Kuala Lumpur: Sumber bekalan air mentah dan perkhidmatan di 47 empangan serta 67 Loji Rawatan Air (LRA) utama di seluruh Semenanjung dan Labuan, masih berada dalam keadaan terkawal. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan empangan di Johor, berada pada … Read more

Proses aktiviti rantaian bekalan perlu dikaji – Yadim

Proses aktiviti rantaian bekalan perlu dikaji – Yadim

PETALING JAYA: Penelitian dan kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan sebelum sesuatu produk diedarkan dalam pasaran, terutamanya bagi kedai rantaian di Malaysia. Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Bin Mohd Yunus berkata, perkara ini memerlukan penguatkuasaan tindakan kerana telah menyentuh sensitiviti umat Islam melibatkan unsur penghinaan agama Islam sebagai agama persekutuan negara. Katanya, pihak berkuasa perlu berupaya … Read more

Petronas meterai PSC dua kluster pacu bekalan gas

Petronas meterai PSC dua kluster pacu bekalan gas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), hari ini memeterai kontrak perkongsian pengeluaran bagi dua kluster peluang sumber ditemui (DRO) yang terletak di pesisiran Semenanjung Malaysia. Kluster BIGST (Bujang, Inas, Guling, Sepat dan Tujoh) telah dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan JX Nippon Oil & Gas Exploration (BIGST) Sdn … Read more