Haziq pernah luah hasrat raih pingat di Tokyo

PEMANAH negara Haziq Kamaruddin yang meninggal dunia pagi ini, pernah meluahkan hasrat untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula 23 Julai ini, kata jurulatih kebangsaan Lee Jae-Hyung. Beliau berkata Haziq bersungguh-sungguh untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan membawa pulang pingat pada kali ini selepas dua kali tidak berjaya menaiki podium kerana … Read more

Covid-19: Sultan Perak batal hasrat tunai solat, jamuan Aidilfitri – Utusan Digital

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membatalkan hasrat baginda untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 1 Syawal ini berikutan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 yang meningkat. Perkara itu dinyatakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini dalam kenyataan yang dikeluarkan … Read more

Kekalahan gugat hasrat Leicester

HARAPAN Leicester City untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kedudukan ketiga musim ini tergugat berikutan kekalahan 2-4 kepada Newcastle United di Stadium King Power pada awal pagi Sabtu. Pengendali The Foxes, Brendan Rodgers menyifatkan kekalahan berkenaan boleh menjejaskan misi untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas EPL apabila diekori rapat Chelsea serta West … Read more

PRU15: Amanah Perak hasrat tanding 20 kerusi DUN

IPOH – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak berhasrat bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin. Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang bersama rakan seangkatan dari PKR dan DAP bagi pengagihan kerusi supaya dapat bertanding di 12 kerusi yang ditandingi sebelum ini, dan … Read more

Hasrat jumpa MK K-Clique tertunai, peminat cilik meninggal dunia akibat kanser

Peminat cilik penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Putra Raykarl Mikail menghembuskan nafas terakhir akibat kanser neuroblastoma tahap empat, semalam. Berita duka tersebut dikongsi ibu kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang dikenali sebagai Rienna menerusi sebuah posting di laman Facebook. Terdahulu, MK telah merealisasikan impian Raykarl bagi bertemu dengannya termasuk menziarahi kanak-kanak itu di Hospital Sultan … Read more