Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran US$5,000

Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran US$5,000

KUALA LUMPUR – Ganjaran sejumlah US$5,000 (RM23,690) akan diberikan kepada mana-mana sherpa atau individu yang memberikan maklumat mengenai lokasi Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di Gunung Everest pada Mei tahun lepas. Presiden Persatuan Malim Gunung Perhutanan (PMGP) Mohd Yussainy Md Yusop dalam kenyataan hari ini memaklumkan ganjaran oleh Pioner Adventure  Pvt.Ltd itu akan diberikan … Read more

Menteri Perpaduan ziarah keluarga Muhammad Hawari

Menteri Perpaduan ziarah keluarga Muhammad Hawari

  TASEK GELUGOR: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang meluangkan masa menziarahi keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kelainan upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu 19 Mei lalu. Aaron turut menyantuni ibu Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64, dan isterinya , Safiyyah … Read more

Jasad belum ditemukan, Muhammad Hawari tetap diberi sijil capai puncak Everest

Jasad belum ditemukan, Muhammad Hawari tetap diberi sijil capai puncak Everest

PUTRJAYA: Biarpun jasadnya masih gagal ditemukan sehingga kini, namun kejayaan Muhammad Hawari Hashim menakluk puncak tertinggi dunia pada 18 Mei lalu tetap diiktiraf. Hari ini, pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) itu menerima sijil pengiktirafan menandakan dia berjaya menawan puncak Gunung Everest itu. Sijil bertarikh 19 Jun 2023 itu dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan … Read more

Dua ahli keluarga Hawari berlepas ke Kathmandu malam ini

Dua ahli keluarga Hawari berlepas ke Kathmandu malam ini

SEPANG: Dua ahli keluarga Muhammad Hawari Hashim berlepas ke Kathmandu, Nepal malam ini bagi mendapatkan gambaran terkini mengenai misi mencari dan menyelamat pendaki itu. Mereka adalah adik Muhammad Hawari iaitu Mohamad Ismail, 28, dan abang iparnya, Azhar Ilias, 35, selain, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP), Haryany Mohamad. Azhar ketika ditemui berkata, dia menemani … Read more

Operasi SAR Hawari ditamatkan awal sehari

Operasi SAR Hawari ditamatkan awal sehari

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan hari ini. Pengurus pasukan ME2023 Ayu Wanirah Naharudin dalam kenyataan hari ini memaklumkan, beliau menerima maklumat daripada ketua misi itu, Azim Afif Ishak bahawa dron yang … Read more

Misi SAR Hawari diteruskan, guna dron kuasa tinggi

Misi SAR Hawari diteruskan, guna dron kuasa tinggi

am@hmetro.com.my Putrajaya: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33, di pergunungan Everest akan diteruskan selepas mendapat ihsan dan kebenaran pihak berkuasa Nepal. Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33, berkata pihak berkuasa Nepal sudah menutup aktiviti pendakian sepenuhnya … Read more

Masih hilang di Everest, anak2 dah tanya tentang Hawari -“Bila ‘daddy’ nak balik?”

Masih hilang di Everest, anak2 dah tanya tentang Hawari -“Bila ‘daddy’ nak balik?”

Kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 sejak 19 Mei lalu masih menjadi tanda tanya hingga saat ini. Difahamkan, bermula 29 Mei 2023, gunung berkenaan akan ditutup dan semua pendaki diminta untuk turun pada 28 Mei 2023. Namun, bayang Hawari masih belum dapat dijejaki walaupun misi mencari dan … Read more

Kerajaan Pulau Pinang hulur RM500,000 bantu misi SAR Hawari

Kerajaan Pulau Pinang hulur RM500,000 bantu misi SAR Hawari

am@hmetro.com.my Tasek Gelugor: Kerajaan Pulau Pinang menyalurkan RM500,000 bagi menampung kos berkaitan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang selepas berjaya menawan Gunung Everest, sejak Jumaat lalu. Ia diumumkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang meluangkan sedikit masa ketika melawat keluarga pendaki berkenaan di Kampung Permatang Kerai Besar di Kepala Batas, … Read more

Operasi SAR Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Operasi SAR Hawari mungkin sukar jika terjatuh di kaki Gunung Lhotse

KUALA LUMPUR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya beliau terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse. Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest Datuk M. Magendran berkata, lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan … Read more