Hail Amir kena jangkitan paru-paru

Hail Amir kena jangkitan paru-paru

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Datuk Hail Amir yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak Sabtu lalu kini dilaporkan tenat akibat jangkitan paru-paru Pelakon, Farouk Hussain memaklumkan perkembangan terkini Hail atau Abdul Hail Amir, 77,  selepas dia menziarahinya di hospital. Katanya, Hail sukar berkomunikasi selain tidak mengenali orang yang datang menziarahinya. Pada 2018, … Read more

Tun M dimasukkan ke IJN kerana jangkitan

Tun M dimasukkan ke IJN kerana jangkitan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya. Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau hari ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas. “Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, … Read more

Lagi askar Israel maut akibat jangkitan kulat dari Gaza

Lagi askar Israel maut akibat jangkitan kulat dari Gaza

BAITULMAQDIS – Seorang lagi askar Israel dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan kulat semasa melakukan operasi di Gaza, Palestin. Menurut The Times of Israel, Staf Sarjan Hanan Drori, 26 mendapat jangkitan kulat selepas cedera parah akibat tembakan RPG semasa bertempur di utara Gaza pada 17 Disember tahun lalu. Beliau kemudiannya dirawat di hospital Kaplan dan dipindahkan … Read more

Askar Israel mati akibat jangkitan kulat misteri di Gaza

Askar Israel mati akibat jangkitan kulat misteri di Gaza

TEL AVIV – Seorang askar Israel dilaporkan mati selepas dijangkiti kulat misteri ketika menjalankan operasi darat di Gaza. Tentera peneroboh itu dilaporkan meninggal dunia dua minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital selama beberapa hari di Pusat Perubatan Assuta di Ashdod selepas dipindahkan dari Gaza. Menurut media Israel, KAN News, askar berkenaan mengalami kecederaan parah di … Read more

Covid-19 melonjak semula, 2 kes jangkitan varian Omicron baharu

Covid-19 melonjak semula, 2 kes jangkitan varian Omicron baharu

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 dikesan melonjak semula melebihi 1,000 kes sejak enam minggu lalu dengan terkini merekodkan sebanyak 3,626 kes sepanjang tempoh 19 hingga 25 November lalu. Jumlah itu meningkat 57.3 peratus berbanding minggu sebelumnya yang mencatatkan 2,305 kes dengan merekodkan sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan yang kesemuanya terdiri daripada Variant of Concern (VOC). … Read more

Ismail Muttalib hidap jangkitan paru-paru, dijangka keluar IJN tidak lama lagi

Ismail Muttalib hidap jangkitan paru-paru, dijangka keluar IJN tidak lama lagi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib dijangka dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) tidak lama lagi. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, maklumat tersebut diterima beliau semasa melawat Ismail, semalam. “Meluangkan masa menziarahi Datuk Seri Dr Haji Ismail Muttalib, Ahli Parlimen Maran yang sedang menerima … Read more

Peningkatan jangkitan pernafasan di China bukan penyakit baharu

Peningkatan jangkitan pernafasan di China bukan penyakit baharu

Shenzhen: Peningkatan penyakit pernafasan di China adalah disebabkan oleh patogen yang diketahui dan tiada tanda penyakit berjangkit baharu, kata seorang pegawai kesihatan pada Sabtu ketika negara itu menghadapi musim sejuk penuh pertama sejak menghapuskan sekatan ketat Covid-19. © New Straits Times Press (M) Bhd

Arcturus: Jangkitan Covid-19 Malaysia terkawal

Arcturus: Jangkitan Covid-19 Malaysia terkawal

PETALING JAYA: Omicron kekal satu-satunya varian Covid-19 yang sedang menular dalam Malaysia pada masa ini setelah 70.97 peratus atau 18,319 kes daripada jumlah kumulatif kes adalah sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI). Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, meskipun timbul satu lagi subvarian iaitu XBB.1.16 atau Arcturus, keadaan jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal … Read more